Showing posts with label Homestay Changlun. Show all posts
Showing posts with label Homestay Changlun. Show all posts

Sunday, 17 September 2017

Polyskills 2017 di PTSS




Assalamualaikum,

Di dalam bulan September 2017, Bandar Changlun sekali lagi akan menjadi tumpuan , di mana akan diadakan pertandingan Polyskills di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang terletak kira-kira 11km dari Aushaf Homestay Changlun.

Tarikh pertandingan Polyskills adalah 23-27 September 2017.

Antara bidang yang akan dipertandingkan adalah Stenography, Welding, IT Network, Decorative Painting, Web Design, CADD dan Elektronik.

Pertandingan Polyskills ini akan melibatkan 33 politeknik seluruh Malaysia. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari bakat baru yang akan mewakili Politeknik Malaysia ke Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2018.

Jadi orang Perlis dan Kedah jangan lepas peluang menonton Pertandingan Polyskills 2017 di PTSS yang julung kali diadakan di utara Malaysia.

Jika anda dari luar negeri Perlis dan Kedah, dan memerlukan penginapan di sepanjang pertandingan Polyskills ini berlangsung, silalah menginap di Aushaf Homestay Changlun. Untuk melihat pakej penginapan yang ditawarkan sila KLIK DI SINI.

Untuk tempahan Aushaf Homestay Changlun, sila hubungi kami di talian 013-4884421 (Yusri).



Jarak Aushaf Homestay Changlun ke PTSS hanyalah 11km atau 10 minit perjalanan sahaja.

Thursday, 17 August 2017

Pertandingan WSMB 2017 di ABM Sintok

Assalamualaikum,

Bandar Changlun kelihatan sibuk hari ni. Dipenuhi dengan pelawat - pelawat yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia yang datang ke sini untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Worldskill Malaysia Belia (WSMB) 2017 yang berlangsung pada 13 hingga 17 Ogos 2017 di Akademi Binaan Malaysia (ABM Sintok).

Rezeki peniaga - peniaga di Bandar Changlun lebih murah sepanjang minggu ni di mana yang meniaga makanan, homestay , hotel, dan barangan keperluan terlajak laris.

Saya pon tidak melepaskan peluang untuk pergi melihat acara - acara yang dipertandingkan sepanjang event tersebut. Bukan senang nak dapat peluang menonton pertandingan WSMB ni sebab sebelum ini acara - acara ini dipertandingkan di luar negeri Kedah.

Antara bidang yang dipertandingkan di sini adalah Plumbing and heating, Joinery , Electrical Installation, Refrigeration & Conditioning, Bricklaying, Welding, Painting and Decorating, dan Wall & Floor Tiling.

Manakala IPT yang menyertai adalah Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara(IKM), Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan lain - lain IPTA dan IPTS.

Peserta yang layak ke peringkat akhir ini adalah mereka yang telah menempuhi peringkat pra kelayakan WSMB yang telah berlangsung pada 24 - 27 April 2017. Jadi peserta yang layak ke peringkat akhir ini adalah mereka yang telah terbukti tahap kemahiran mereka.

WSMB kini menjadi pentas kepada negara kita dalam melahirkan pakar - pakar teknikal dalam pelbagai bidang untuk masa hadapan.

Saya begitu kagum melihat persembahan dari peserta - peserta yang bertanding walaupon masih di usia yang masih muda, tetapi dapat menunjukkan tahap kemahiran yang tinggi dan penuh keyakinan.

Jika anda memerlukan penginapan ketika menyaksikan pertandingan WSMB 2017 di ABM Sintok, boleh hubungi Aushaf Homestay Changlun (013-4884421 -Yusri). Klik DI SINI untuk melihat pakej penginapan Aushaf Homestay Changlun.



Jarak Aushaf Homestay Changlun ke Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (Sintok) hanyalah 14km sahaja. Sila lihat maps di atas.


Refrigeration & Conditioning

Refrigeration & Conditioning

Refrigeration & Conditioning

Bricklaying

Bricklaying

Plumbing and Heating

Plumbing and Heating

Wall & Floor Tiling

Wall & Floor Tiling

Wall & Floor Tiling
Electrical Installation

Electrical Installation
Peserta wanita di dalam gambar di atas adalah juara WSMB Bidang Electrical Installation tahun 2015. Beliau di sini hanya sebagai sesi latihan sahaja.

Electrical Installation

Painting and Decorating

Painting and Decorating





Wednesday, 16 August 2017

Renovation Aushaf Homestay Changlun

Assalamualaikum,

Untuk makluman pelanggan yang disayangi, Aushaf Homestay Changlun ditutup  selama 2 minggu bagi memberi ruang proses renovation mulai 1 hingga 15 Ogos 2017.

Walaubagaimanapun, tempahan homestay mulai 16 ogos 2017 dan tarikh berikutnya akan sentiasa dibuka walaupon di dalam proses renovation.

Alhamdulillah setelah 5 tahun membuat bisnes homestay ni, ada la sedikit rezeki untuk renovate dapur homestay dan mengecat semula dalaman homestay bagi memberi kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan Aushaf Homestay. Target tempoh renovation ni siap adalah 14 hari.


Di dalam entry ini, saya nak share gambar - gambar sepanjang proses renovation ni.


Kerja mengubah point paip sinki dijalankan.


Kerja mengubah point sinki hampir siap.

Dinding dapur diketuk untuk memastikan tile dapur dapat dilekat dengan baik.


Owner Didik Sihat Homestay Jitra (Yasir dan Nurul) datang melawat projek renovation abangnya di Changlun. Budak kecik tu namanya Aushaf (anak saya).



Table top pertama dah siap konkrit. Renovation ni melibatkan 2 buah homestay.


Table top dan dinding dapur telah siap dipasang dengan tile.


Power point TV dan cable antenna astro telah diubah.



Kerja memasang kabinet atas dapur (homestay 1).

Kerja memasang kabinet atas dapur (homestay 2).

Adik bongsu dan Aushaf tengah mengecat ruang tamu.

Isteri tercinta gigih mengecat. Warna kuning menjadi pilihannya.

Rupa ruang tamu setelah kerja mengecat siap. Dinding focus point tu saya guna cat Nippon Momento.


Sebelum renovation dapur.
Ini adalah dapur aushaf homestay 1 sebelum renovation.

Selepas renovation dapur.

Taaa raaa.... dah siap kitchen kabinet di Aushaf Homestay 1



Sebelum renovation dapur.
Selepas renovation dapur.

Dan ini adalah kitchen kabinet di Aushaf Homestay 2 setelah siap.

Mengikut isteri saya, bentuk kitchen kabinet homestay kami ni adalah kitchen kabinet bentuk I.

Blind untuk tingkap dapur saya belum beli lagi. Kalau pembaca ada cadangan blind tingkap yang sesuai dan cantik boleh kongsikan di ruangan komen. Sharing is caring :)


Ini isteri saya selaku interior designer Aushaf Homestay, tengah design focus point di dalam bilik.




Ini adalah hasil kerja mengecat di dalam bilik. Fokus point bilik pula saya menggunakan cat Nippon Momento. Ni first time saya menggunakan cat Nippon Momento.

Di awal entry ini saya ada tunjukkan kerja - kerja mengecat di ruang tamu homestay dan gambar di bawah ini adalah hasilnya.





Untuk melihat gambar - gambar hasil renovation Aushaf Homestay ini, anda boleh klik pada ruangan Galeri. Semoga perkongsian saya ini akan memberi ilham kepada anda dalam mengdeco rumah dan homestay anda.

Jika anda ke Bandar Changlun atau Changloon Kedah, sila lah singgah ke homestay kami. Kami mengalu - alukan kedatangan anda ke sini. Untuk tempahan homestay sila hubungi saya di talian 013-4884421 (Yusri).

Kita jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, 24 May 2017

Pakej Penginapan Aushaf Homestay Sempena Konvokesyen UUM ke-30 tahun 2017

Assalamualaikum,

Aushaf Homestay Changlun ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua bakal graduan konvokesyen UUM kali ke-30 (tahun 2017). Konvokesyen ini akan berlangsung pada 18 hingga 22 November 2017. Jika anda mencari pakej penginapan untuk sepanjang konvokesyen UUM, Aushaf Homestay menyediakan pakej penginapan yang menarik , selesa dan berpatutan. Oleh itu, contact saya di talian 0134884421 (Yusri) untuk tempahan.



Sunday, 26 February 2017

Promosi Aushaf Homestay di Changlun Sintok Bukit Kayu Hitam

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Aushaf Homestay Changlun,

Pejam celik sudah sampai kita di tahun 2017.  Aushaf Homestay kini sudah masuk tahun ke-4 beroperasi sejak tahun 2013. Alhamdulillah .. Aushaf Homestay Changlun kini berjaya menyediakan perkhidmatan homestay yang cemerlang kepada pengunjung - pengunjung yang menginap di sini dalam tempoh 4 tahun ini.

Sempena tahun baru 2017 ini, Aushaf Homestay Changlun ingin membuat promosi tahun baru iaitu kadar sewaan homestay pada hari biasa (bukan peak time) adalah RM130 semalam. MURAH bukan?

Apa yang anda akan dapat dengan pakej penginapan ini? YA! anda akan dapat menginap di homestay yang selesa seperti anda menginap di rumah anda sendiri.

Mulai tahun 2017 juga, Aushaf Homestay Changlun akan dilengkapi dengan Wifi Streamyx 8Mbps bagi menjamin keselesaan penginapan anda.

Berikut adalah kemudahan - kemudahan yang ada di dalam Aushaf Homestay Changlun:-


3 bilik tidur berpenghawa dingin (setiap bilik juga dilengkapi
kipas walaupun telah mempunyai aircond)
2 toilet ( 1 toilet cangkung dan 1 toilet duduk)
Katil queen di setiap bilik
Set comforter
Set meja makan
Peti sejuk
Mesin basuh automatik
Set sofa
TV LCD dan Astro Njoi
Kemudahan Wifi streamyx 8Mbps
Cerek elektrik
Electric Rice Cooker
Pinggan Mangkuk \ Cawan & Gelas
Dapur gas
Peralatan memasak
Ruang parking berpagar yang luas.
3 unit toto tambahan
Bantal tambahan
Sejadah


Kenapa anda mesti memilih Aushaf Homestay? Ya! kerana kedudukan Aushaf Homestay yang sangat strategik, iaitu di tengah - tengah pekan Changlun yang akan memudahkan anda mengakses kemudahan - kemudahan seperti bank (Maybank\CIMB\BSN\Public Bank\Bank Islam) , CMart Changloon, Stesen bas/taxi, restoran makanan segera (KFC/Pizza Hut/Secret Recepies/Marry Brown), Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Kedai 24 jam (7eleven) dan Pejabat Pos Changlun.



Berikut adalah tempat - tempat tumpuan di sekitar Aushaf Homestay Changlun.


Universiti Utara Malaysia Sintok (UUM) - 10km
Universiti Malaysia Perlis (Unimap) -10km
Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) -  kurang1km
Kolej Pertanian Bukit Tangga - 10km
MRSM Pauh Putra - 10km
Imigresen Bukit Kayu Hitam - 10km
Kolej Komuniti Arau - 20km
Uitm Arau - 20km
Kolej Komuniti Darul Aman - 25km
Sempadan Bukit Kayu Hitam - Danok , Thailand - 25km
Sempadan Kedah - Perlis - 9km
Sintok - 5km
Kampung Tradisi Sintok - 4km
Felda Laka Selatan - 7km
Kampung Lembah Palas - 5km
Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sintok - 10km



Kadar harga terkini Aushaf Homestay adalah:-

Hari biasa - RM130 semalam 
Cuti Sekolah atau waktu puncak yang lain seperti musim perayaan dan event - RM150
Konvokesyen UUM - RM400 semalam
Konvokesyen UNIMAP - RM300 semalam
Musim pendaftaran pelajar baru UUM dan Kolej Matrikulasi - RM250 semalam
Musim UNIMAP - RM200 semalam

Kondisi dan Syarat:

Deposit tempahan homestay diperlukan untuk pengesahan tempahan. 
Deposit tempahan tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dilakukan.

Hubungi Kami:

Sila hubungi saya (Yusri) di talian 013-4884421(Whatsapp/SMS/Phone) untuk pertanyaan dan tempahan Aushaf Homestay Changlun.



Tarikh penting 2017

1) Tarikh pendaftaran pelajar baru di Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2017/2018 adalah 4 hingga 5 jun 2017. Untuk semakan keputusan tawaran kemasukan Kolej Matrikulasi , anda boleh semak di sini --> (SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2017) . Keputusan Matrikulasi ini dijangkakan akan keluar 2 minggu pertama bulan April 2017. Jadi anda perlu alert dengan tarikh ini sebab homestay dan hotel di sekitar Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia akan penuh. Tahniah diucapkan kepada pelajar baru Matrikulasi sesi 2017 / 2018.

2) Pertandingan Pra Kelayakan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) akan diadakan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sintok pada 24 hingga 27 April 2017. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Electrical Installation, Refrigeration & Air conditioning, Bricklaying, Wall & Floor tiling, Painting and Decorating, Welding, Plumbing and Heating, dan Joinery. Jadual pertandingan WSMB 2017 boleh didownload dari link ini JADUAL PERTANDINGAN WSMB 2017 . Tahniah dan selamat berjaya kepada semua peserta yang bertanding.

3. Konvokesyen UUM kali ke 30 akan diadakan pada 18 hingga 22 November 2017. Tahniah diucapkan kepada semua graduan konvokesyen UUM tahun 2017.

4. Pertandingan akhir Worldskills Malaysia Belia (WSMB) di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sintok pada 13 hingga 17 Ogos 2017. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Electrical Installation, Refrigeration & Air conditioning, Bricklaying, Wall & Floor tiling, Painting and Decorating, Welding, Plumbing and Heating, dan Joinery.

5. Pendaftaran pelajar baru UUM sesi 1 2017/2018 pada 4 September 2017.

Tuesday, 20 September 2016

Penginapan Aushaf Homestay di Changlun, Sintok, Bukit Kayu Hitam dan Perlis.

Assalamualaikum & Selamat datang ke blog homestaychanglun.com


Aushaf Homestay menyediakan pakej penginapan yang menarik di sekitar bandar Changlun, UUM Sintok, Unimap Pauh Putra, Bukit Kayu Hitam dan Jitra. Dengan kedudukan dan lokasi Aushaf Homestay yang hanya 10km ke Unimap Pauh Putra dan 10km ke UUM Sintok menjadikan Aushaf Homestay menjadi pilihan terbaik graduan untuk menginap di sepanjang sesi Konvokesyen saban tahun. 


Aushaf Homestay juga sesuai dijadikan tempat transit untuk  pelancong - pelancong yang ingin melawati negara Gajah Putih atau Thailand. Untuk makluman anda, sempadan Bukit Kayu Hitam akan tutup pada setiap jam 12.00 tengah malam. Jika anda tidak sempat melewati sempadan Malaysia - Thailand sebelum jam 12.00 tengah malam, anda boleh bermalam di Aushaf Homestay kerana jaraknya hanya 10km ke sempadan.

Aushaf Homestay juga sering menerima tempahan penginapan dari keluarga yang ingin mendaftar anak mereka di UUM, Unimap, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Pertanian dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Untuk panduan pembaca blog homestaychanglun.com saya akan nyatakan jarak lokasi tempat tumpuan di sekitar Aushaf Homestay.


- Kampus UUM Sintok -11 km
- Kampus Unimap Pauh Putra  - 10 km
-Kolej Matrikulasi Kedah - 1 km
-Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin - 10 km
- MRSM Pauh Putra - 10 km
- Sekolah Integrasi Bukit Kayu Hitam - 9 km
- Kolej Pertanian Bukit Tangga - 14.7 km
- Sempadan Malaysia - Thailand - 10 km
- Bukit Kayu Hitam - 9 km

Bagi memastikan keselesaan penginapan anda di Aushaf Homestay setiap unit homestay dilengkapi dengan kemudahan berikut:-


3 Bilik Tidur yang berhawa dingin
3 Unit penghawa dingin
Wifi Streamyx 8Mbps
2 tandas dan bilik mandi
Ruang tamu
Ruang dapur dan makan
3 Katil bersaiz Queen
Comforter / selimut
Set meja makan
Set sofa
Peti sejuk
Mesin basuh automatik
Cerek Elektrik
Seterika dan iron board
Pemasak nasi elektrik
Telivisyen LCD
Astro Njoi
3 unit toto/tilam tambahan
8 unit bantal tambahan
Dapur gas
Peralatan memasak
Pinggan mangkuk/Gelas

Antara aktiviti menarik di kawasan sekitar Aushaf Homestay Changlun pada bulan September, Oktober dan November 2016  adalah:-
1) Pertandingan "UUM International Open Softball Championship Tunku Panglima Besar Kedah Trophy 2016" . Pertandingan ini bertempat di Sport Centre, UUM Sintok. Tarikh pertandingan adalah 29 september 2016 hingga 2 Oktober 2016. Kategori lelaki dan perempuan.
2) Konvokesyen Unimap kali ke-11 tahun 2016 yang akan diadakan di Kampus Unimap Pauh Putra, Perlis pada 22-25 Oktober 2016
3) Konvokesyen UUM kali ke-29 di kampus UUM Sintok, Kedah pada 12-16 November 2016.

Kadar harga terkini Aushaf Homestay mulai September 2016 adalah:-

Hari biasa - RM130 semalam 
Konvokesyen UUM - RM400 semalam
Konvokesyen UNIMAP - RM300 semalam
Musim pendaftaran pelajar baru UUM , UNIMAP dan Kolej Matrikulasi Kedah - RM250
Musim pendaftaran pelajar baru UNIMAP - RM200
CUTI SEKOLAH dan Peak time yang lain -RM150 semalam 


Untuk tempahan sila hubungi saya di talian 013-4884421 (YUSRI) - Call/SMS/Whatsapp


Galeri Aushaf Homestay



Pandangan sisi Aushaf Homestay 

 2 Unit Aushaf Homestay



Ruang parking Aushaf  Homestay


Ruang tamu Aushaf Homestay


Master Bedroom Aushaf Homestay


Bilik 2 Aushaf Homestay

Bilik 3 Aushaf Homestay

Dapur dan ruang makan Aushaf Homestay

Unit Lot conner Aushaf Homestay


Lokasi Aushaf Homestay