Showing posts with label kitchen kabinet teres setingkat. Show all posts
Showing posts with label kitchen kabinet teres setingkat. Show all posts

Wednesday 16 August 2017

Renovation Aushaf Homestay Changlun

Assalamualaikum,

Untuk makluman pelanggan yang disayangi, Aushaf Homestay Changlun ditutup  selama 2 minggu bagi memberi ruang proses renovation mulai 1 hingga 15 Ogos 2017.

Walaubagaimanapun, tempahan homestay mulai 16 ogos 2017 dan tarikh berikutnya akan sentiasa dibuka walaupon di dalam proses renovation.

Alhamdulillah setelah 5 tahun membuat bisnes homestay ni, ada la sedikit rezeki untuk renovate dapur homestay dan mengecat semula dalaman homestay bagi memberi kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan Aushaf Homestay. Target tempoh renovation ni siap adalah 14 hari.


Di dalam entry ini, saya nak share gambar - gambar sepanjang proses renovation ni.


Kerja mengubah point paip sinki dijalankan.


Kerja mengubah point sinki hampir siap.

Dinding dapur diketuk untuk memastikan tile dapur dapat dilekat dengan baik.


Owner Didik Sihat Homestay Jitra (Yasir dan Nurul) datang melawat projek renovation abangnya di Changlun. Budak kecik tu namanya Aushaf (anak saya).



Table top pertama dah siap konkrit. Renovation ni melibatkan 2 buah homestay.


Table top dan dinding dapur telah siap dipasang dengan tile.


Power point TV dan cable antenna astro telah diubah.



Kerja memasang kabinet atas dapur (homestay 1).

Kerja memasang kabinet atas dapur (homestay 2).

Adik bongsu dan Aushaf tengah mengecat ruang tamu.

Isteri tercinta gigih mengecat. Warna kuning menjadi pilihannya.

Rupa ruang tamu setelah kerja mengecat siap. Dinding focus point tu saya guna cat Nippon Momento.


Sebelum renovation dapur.
Ini adalah dapur aushaf homestay 1 sebelum renovation.

Selepas renovation dapur.

Taaa raaa.... dah siap kitchen kabinet di Aushaf Homestay 1



Sebelum renovation dapur.
Selepas renovation dapur.

Dan ini adalah kitchen kabinet di Aushaf Homestay 2 setelah siap.

Mengikut isteri saya, bentuk kitchen kabinet homestay kami ni adalah kitchen kabinet bentuk I.

Blind untuk tingkap dapur saya belum beli lagi. Kalau pembaca ada cadangan blind tingkap yang sesuai dan cantik boleh kongsikan di ruangan komen. Sharing is caring :)


Ini isteri saya selaku interior designer Aushaf Homestay, tengah design focus point di dalam bilik.




Ini adalah hasil kerja mengecat di dalam bilik. Fokus point bilik pula saya menggunakan cat Nippon Momento. Ni first time saya menggunakan cat Nippon Momento.

Di awal entry ini saya ada tunjukkan kerja - kerja mengecat di ruang tamu homestay dan gambar di bawah ini adalah hasilnya.





Untuk melihat gambar - gambar hasil renovation Aushaf Homestay ini, anda boleh klik pada ruangan Galeri. Semoga perkongsian saya ini akan memberi ilham kepada anda dalam mengdeco rumah dan homestay anda.

Jika anda ke Bandar Changlun atau Changloon Kedah, sila lah singgah ke homestay kami. Kami mengalu - alukan kedatangan anda ke sini. Untuk tempahan homestay sila hubungi saya di talian 013-4884421 (Yusri).

Kita jumpa lagi di lain entry.