Showing posts with label Aushaf Homestay Changlun. Show all posts
Showing posts with label Aushaf Homestay Changlun. Show all posts

Monday 17 December 2018

Setup 2 unit homestay baru

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harap semua pembaca blog homestaychanglun.com sihat - sihat belaka. Untuk makluman semua, unit ke-3 dan ke-4 Aushaf Homestay Changlun kini sedia beroperasi setelah melalui proses setup dan renovation selama 2 bulan.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit proses setup dan renovasi yang telah dilakukan selepas saya mendapat kunci daripada pemaju.

1) Memasang tinted cermin rumah.


 2) Memasang grill rumah.



Sebelum memulakan kerja - kerja yang lain, grill perlu dipasang terlebih dahulu untuk memastikan keselamatan rumah terjamin. Grill sliding door ini adalah jenis pattern S.

3) Membuat pendawaian tambahan, memasang kipas dan lampu.


Terima kasih Tok Su kerana bertungkus - lumus menyiapkan pendawaian di Aushaf Homestay.

4) Mengubah suai siling rumah. Ubai suai ini melibatkan ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik tidur.





5) Membuat table top dan  kitchen kabinet.




6) Mengecat dinding dan siling rumah.

 
Untuk pengetahuan semua, saya dan isteri mengecat sendiri dinding dan siling 2 unit homestay ini untuk menjimatkan kos. :D .

7) Memasang aircond, Astro Njoi dan Unifi.



Syukur Alhamdulillah selepas 2 bulan proses renovasi pun selesai. Hasilnya seperti gambar di bawah.  



















InsyaAllah saya akan sentiasa membuat penambahbaikan untuk keselesaan tetamu-tetamu di Aushaf Homestay.

Antara kemudahan yang disediakan di 2 unit baru Aushaf Homestay Changlun ini adalah:-

3 bilik berpenghawa dingin (3 aircond).
Setiap bilik mempunyai katil queen dilengkapi set quilt/comforter.
2 bilik air.
Set sofa.
Set meja makan.
SMART TV.
Astro NJoi.
WIFI Unifi 100 Mbps.
Kabinet dapur moden yang dilengkapi hood dan hob.
Peralatan memasak.
Rice cooker dan cerek elektrik.
Peti sejuk.
Mesin Basuh Automatik.
Seterika dan ironing board.
Toto dan bantal tambahan.
Sejadah.
Ruang parkir yang dapat memuatkan 2 buah kereta.

Antara tempat - tempat menarik di sekitar Aushaf Homestay Changlun adalah:-

Universiti Utara Malaysia (UUM) - 11km
Universiti Perlis (Unimap) - 10km
Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) - 3km
Bukit Kayu Hitam - 10km
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin - 10km
Kolej Pertanian Bukit Tangga - 10km
Akademi Binaan Malaysia Sintok (ABM Sintok) - 11km
Uitm Arau - 20km
Bandar Changlun - 1km
Kuala Perlis - 40km
Bandar Jitra - 15km

Untuk tempahan, sila hubungi / phone / wasap saya di talian 013-4884421 (Yusri).


Monday 6 August 2018

2 Unit homestay baru Aushaf Homestay di Changlun

Alhamdulillah...

2 Unit homestay baru Aushaf Homestay di Changlun akan dibuka pada penghujung tahun ni. Bermula dengan 2 unit homestay pada tahun 2012, Aushaf Homestay kini berjaya menambah lagi 2 unit homestay baru di Pekan Changlun. Kini Aushaf Homestay mempunyai 4 buah homestay. Terima kasih kami ucapkan kepada pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan dan setia dengan Aushaf Homestay. InshaAllah pada bulan Oktober 2018 , unit baru ini akan dilancarkan.



2 unit baru Aushaf Homestay yang terletak sebelah menyebelah

Sunday 13 May 2018

Pendaftaran Pelajar Baru Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2018 / 2019

Aushaf Homestay Changlun mengucapkan sekalung "Tahniah" kepada adik-adik yang telah berjaya mendapat tempat bagi menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) , Changlun . Tarikh pendaftaran pelajar baru KMK adalah pada 23 Mei 2018. Bagi keluarga adik - adik matrik yang memerlukan penginapan berhampiran dengan KMK , boleh hubungi Aushaf Homestay Changlun di talian 013-4884421 untuk tempahan. Untuk makluman jarak Aushaf Homestay Changlun ke Kolej Matrikulasi Changlun hanyalah 1.5 km.

Thursday 12 April 2018

Pra Kelayakan WSMB 2018 ABM Sintok Kedah


Pertandingan Pra Kelayakan WSMB 2018 kini kembali berlangsung di ABM Sintok Kedah pada 12 hingga 20 April 2018. Acara yang dipertandingkan di ABM Sintok adalah bidang Electrical Installation. Di dalam acara ini peserta diuji dengan soalan KNX system dan Siemen LOGO. Jadi jom ramai - ramai ke ABM Sintok untuk menyaksikan peserta - peserta dari pusat kemahiran seluruh Malaysia berentap untuk merebut tempat ke Pertandingan Akhir WSMB 2018.

Jika anda memerlukan penginapan berhampiran ABM Sintok, anda boleh menginap di Aushaf Homestay Changlun. Jarak Aushaf Homestay Changlun ke ABM Sintok hanyalah 10km. Hubungi Aushaf Homestay Changlun di talian 013-4884421 untuk tempahan.





Sunday 17 September 2017

Polyskills 2017 di PTSS




Assalamualaikum,

Di dalam bulan September 2017, Bandar Changlun sekali lagi akan menjadi tumpuan , di mana akan diadakan pertandingan Polyskills di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang terletak kira-kira 11km dari Aushaf Homestay Changlun.

Tarikh pertandingan Polyskills adalah 23-27 September 2017.

Antara bidang yang akan dipertandingkan adalah Stenography, Welding, IT Network, Decorative Painting, Web Design, CADD dan Elektronik.

Pertandingan Polyskills ini akan melibatkan 33 politeknik seluruh Malaysia. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari bakat baru yang akan mewakili Politeknik Malaysia ke Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2018.

Jadi orang Perlis dan Kedah jangan lepas peluang menonton Pertandingan Polyskills 2017 di PTSS yang julung kali diadakan di utara Malaysia.

Jika anda dari luar negeri Perlis dan Kedah, dan memerlukan penginapan di sepanjang pertandingan Polyskills ini berlangsung, silalah menginap di Aushaf Homestay Changlun. Untuk melihat pakej penginapan yang ditawarkan sila KLIK DI SINI.

Untuk tempahan Aushaf Homestay Changlun, sila hubungi kami di talian 013-4884421 (Yusri).



Jarak Aushaf Homestay Changlun ke PTSS hanyalah 11km atau 10 minit perjalanan sahaja.

Thursday 17 August 2017

Pertandingan WSMB 2017 di ABM Sintok

Assalamualaikum,

Bandar Changlun kelihatan sibuk hari ni. Dipenuhi dengan pelawat - pelawat yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia yang datang ke sini untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Worldskill Malaysia Belia (WSMB) 2017 yang berlangsung pada 13 hingga 17 Ogos 2017 di Akademi Binaan Malaysia (ABM Sintok).

Rezeki peniaga - peniaga di Bandar Changlun lebih murah sepanjang minggu ni di mana yang meniaga makanan, homestay , hotel, dan barangan keperluan terlajak laris.

Saya pon tidak melepaskan peluang untuk pergi melihat acara - acara yang dipertandingkan sepanjang event tersebut. Bukan senang nak dapat peluang menonton pertandingan WSMB ni sebab sebelum ini acara - acara ini dipertandingkan di luar negeri Kedah.

Antara bidang yang dipertandingkan di sini adalah Plumbing and heating, Joinery , Electrical Installation, Refrigeration & Conditioning, Bricklaying, Welding, Painting and Decorating, dan Wall & Floor Tiling.

Manakala IPT yang menyertai adalah Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara(IKM), Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan lain - lain IPTA dan IPTS.

Peserta yang layak ke peringkat akhir ini adalah mereka yang telah menempuhi peringkat pra kelayakan WSMB yang telah berlangsung pada 24 - 27 April 2017. Jadi peserta yang layak ke peringkat akhir ini adalah mereka yang telah terbukti tahap kemahiran mereka.

WSMB kini menjadi pentas kepada negara kita dalam melahirkan pakar - pakar teknikal dalam pelbagai bidang untuk masa hadapan.

Saya begitu kagum melihat persembahan dari peserta - peserta yang bertanding walaupon masih di usia yang masih muda, tetapi dapat menunjukkan tahap kemahiran yang tinggi dan penuh keyakinan.

Jika anda memerlukan penginapan ketika menyaksikan pertandingan WSMB 2017 di ABM Sintok, boleh hubungi Aushaf Homestay Changlun (013-4884421 -Yusri). Klik DI SINI untuk melihat pakej penginapan Aushaf Homestay Changlun.



Jarak Aushaf Homestay Changlun ke Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (Sintok) hanyalah 14km sahaja. Sila lihat maps di atas.


Refrigeration & Conditioning

Refrigeration & Conditioning

Refrigeration & Conditioning

Bricklaying

Bricklaying

Plumbing and Heating

Plumbing and Heating

Wall & Floor Tiling

Wall & Floor Tiling

Wall & Floor Tiling
Electrical Installation

Electrical Installation
Peserta wanita di dalam gambar di atas adalah juara WSMB Bidang Electrical Installation tahun 2015. Beliau di sini hanya sebagai sesi latihan sahaja.

Electrical Installation

Painting and Decorating

Painting and Decorating