Showing posts with label penginapan wsmb 2017. Show all posts
Showing posts with label penginapan wsmb 2017. Show all posts

Thursday 17 August 2017

Pertandingan WSMB 2017 di ABM Sintok

Assalamualaikum,

Bandar Changlun kelihatan sibuk hari ni. Dipenuhi dengan pelawat - pelawat yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia yang datang ke sini untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Worldskill Malaysia Belia (WSMB) 2017 yang berlangsung pada 13 hingga 17 Ogos 2017 di Akademi Binaan Malaysia (ABM Sintok).

Rezeki peniaga - peniaga di Bandar Changlun lebih murah sepanjang minggu ni di mana yang meniaga makanan, homestay , hotel, dan barangan keperluan terlajak laris.

Saya pon tidak melepaskan peluang untuk pergi melihat acara - acara yang dipertandingkan sepanjang event tersebut. Bukan senang nak dapat peluang menonton pertandingan WSMB ni sebab sebelum ini acara - acara ini dipertandingkan di luar negeri Kedah.

Antara bidang yang dipertandingkan di sini adalah Plumbing and heating, Joinery , Electrical Installation, Refrigeration & Conditioning, Bricklaying, Welding, Painting and Decorating, dan Wall & Floor Tiling.

Manakala IPT yang menyertai adalah Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara(IKM), Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan lain - lain IPTA dan IPTS.

Peserta yang layak ke peringkat akhir ini adalah mereka yang telah menempuhi peringkat pra kelayakan WSMB yang telah berlangsung pada 24 - 27 April 2017. Jadi peserta yang layak ke peringkat akhir ini adalah mereka yang telah terbukti tahap kemahiran mereka.

WSMB kini menjadi pentas kepada negara kita dalam melahirkan pakar - pakar teknikal dalam pelbagai bidang untuk masa hadapan.

Saya begitu kagum melihat persembahan dari peserta - peserta yang bertanding walaupon masih di usia yang masih muda, tetapi dapat menunjukkan tahap kemahiran yang tinggi dan penuh keyakinan.

Jika anda memerlukan penginapan ketika menyaksikan pertandingan WSMB 2017 di ABM Sintok, boleh hubungi Aushaf Homestay Changlun (013-4884421 -Yusri). Klik DI SINI untuk melihat pakej penginapan Aushaf Homestay Changlun.



Jarak Aushaf Homestay Changlun ke Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (Sintok) hanyalah 14km sahaja. Sila lihat maps di atas.


Refrigeration & Conditioning

Refrigeration & Conditioning

Refrigeration & Conditioning

Bricklaying

Bricklaying

Plumbing and Heating

Plumbing and Heating

Wall & Floor Tiling

Wall & Floor Tiling

Wall & Floor Tiling
Electrical Installation

Electrical Installation
Peserta wanita di dalam gambar di atas adalah juara WSMB Bidang Electrical Installation tahun 2015. Beliau di sini hanya sebagai sesi latihan sahaja.

Electrical Installation

Painting and Decorating

Painting and Decorating